Bila nak taubat ? Apabila sempat?

“Bila kau nak taubat ?”

“Ala… nanti bila dah pencen aku taubatlah balik…..!!!”
“Sempat ke kau nak taubat ? Kau yakin umurmu panjang sampai pencen ?”

Beranikah kau jamin bahawa Allah akan beri padamu tambahan walau sesaat, tatkala ajalmu telah pun tiba… nyawamu disiat-siat… roh ditarik dari jasadmu…

Sesungguhnya.. taubat itu wajib ke atas setiap manusia yang melakukan dosa… Wajib disegerakan kerana kita tidak tahu sempat atau tidak jika ditangguh-tangguhkan….

Buat renungan diri ini dan semua yang membacanya…. satu puisi ringkas ternukil dari hati yang risau dan rimas….

Tekad Taubatmu
oleh : Qafmimra

Pernahkah terbayang…..
Apabila bertemu Allah nanti….
Wajahmu muram… wajahmu hitam….
Mulutmu bisu…. jiwamu kelam…

Kau sangka timbunan amal itu jadi cagaran…
Rupa-rupanya debu yang ditiup, bertaburan….
Kau rasa nodamu hanya bak debu pakaian…
Hakikatnya itulah yang kau jadikan pakaian!!

Kau rasa megah di depan manusia….
Namun kau hina pada Maha Pencipta…
Sahabatmu dicari minta bantuan…
Rupanya temanmu adalah syaitan!!

Wahai diri yang leka nan lalai…
Bilakah nafsumu itu kau salai..
Amalmu secubit, kau rasa sebukit..
Kau buat dosa, kau rasa sedikit…

Umurmu singkat, kau rasa selamat…
Setiap detik, belakangmu ajal tercegat…
Kau kejar dunia, kau lupa akhirat..
Asyik dek nikmat, kau damba syahwat….

Sudahlah tuan, tekadkan taubat..
Syukurlah nafasmu tidak tersekat…
Saat yang bersisa, ambillah manfaat…
Cepatlah insaf, sebelum terlambat….

Wahai diri…. kembalilah taat….!!!

nukilan : Qafmimra
10.24 am – 12 Januari 2012

This entry was posted in Karya. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s